suria

G-Dragon dilantik sebagai profesor jemputan KAIST, bakal mengajar subjek kepimpinan

G-Dragon dilantik sebagai profesor jemputan di KAIST bermula 4 Jun 2024.

PENYANYI G-Dragon dilantik sebagai profesor jemputan di fakulti Kejuteraan Mekanikal Institut Sains dan Teknologi Termaju Korea (KAIST) bermula 4 Jun lalu.

Allkpop melaporkan pelantikan G-Dragon adalah usaha mengintegrasikan teknologi serta meningkatkan daya saing global pelajar menerusi seni dan budaya.

G-Dragon atau Kwon Ji-yong, 36, bakal mengajar subjek berkaitan kepimpinan selain berkongsi pengalaman sebagai penghibur dalam kuliahnya.

Pelantikan G-Dragon dilihat dapat menyumbang kepada usaha untuk mempromosikan KIAST di peringkat antarabangsa.

Pelantikan G-Dragon dilihat dapat menyumbang kepada usaha untuk mempromosikan KIAST di peringkat antarabangsa.

Tidak hanya itu, anggota kumpulan Big Bang itu juga akan melibatkan diri dalam pelbagai program berkaitan seni dan kebudayaan di KAIST.

Menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu penghormatan buat dirinya, G-Dragon berharap pengalaman sebagai penghibur akan memberi manfaat kepada pelajar.

Malah dia berjanji akan membawa perubahan dalam melahirkan pelajar berkualiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Lukisan G-Dragon masuk lelongan, harga bidaan bermula RM117,000

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon tubuh yayasan bantu perangi masalah penyalahgunaan dadah

"Ini merupakan satu penghormatan bagi saya apabila dilantik sebagai profesor jemputan di KAIST yang sudah melahirkan ramai pelajar bijak.

"Saya mengharapkan gabungan sinergi hebat di antara teknologi dan latar belakang hiburan yang dimiliki saya akan membawa kejayaan sama seperti 'Big Bang'," katanya.

Penyanyi itu juga turut dilantik sebagai duta global KAIST dalam usaha mempromosikan institut berkenaan di peringkat global.

2024060515094699262-l-0c98b3029b5a4e42bab50a6b7abc0838-3fa5caa20ce1a4adffe8c51732b6fb3c_600x400

G-Dragon akan mengajar subjek kepimpinan di KAIST.

Sementara itu, Presiden KAIST iaitu Lee Kwang Hyung memberitahu potensi dan pengalaman luas G-Dragon dapat membantu menjadi institut berkenaan sebagai pusat pendidikan kelas pertama.

"Memandangkan KAIST ingin meneroka sempadan baru jadi kami berharap Profesor Kwon (G-Dragon) dapat menjadi pemimpin dan perintis dalam sektor kebudayaan dan seni," ujarnya.

Tempoh pelantikan G-Dragon adalah selama dua tahun bermula pada 4 Jun lalu hingga Jun 2026.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain