suria

Lukisan G-Dragon masuk lelongan, harga bidaan bermula RM117,000

Lukisan peribadi G-Dragon akan dijual buat pertama kali.

BUKAN hanya hebat di atas pentas, penyanyi G-Dragon juga sebenarnya berbakat dalam bidang seni lukis.

Buat pertama kali, hasil lukisan anggota kumpulan Big Bang itu bertajuk Youth of Flower bakal dipamerkan untuk bidaan di Seoul Auction Gangnam Center pada 29 Mac ini.

Lukisan bermotifkan flora itu dihasilkan G-Dragon pada 2017 di atas sebuah plat besi hanya menggunakan pen marker dan cat.

g-dragon 2

G-Dragon sudah lama menunjukkan minat terhadap seni lukisan.

G-Dragon atau Kwan Ji Yong, 36, turut menurunkan tandatangannya pada bahagian bawah lukisan tersebut dan bidaan dilaporkan dibuka bermula pada harga RM117,000.

Menurut wakil pusat bidaan tersebut, harga pembukaan itu dibuat atas beberapa faktor termasuk populariti G-Dragon sebagai penyanyi terkenal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa cara urus kes dadah punca G-Dragon tak sambung kontrak bersama YG Entertainment

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon tubuh yayasan bantu perangi masalah penyalahgunaan dadah

Harga itu juga disebabkan G-Dragon tidak pernah menjual mana-mana karya lukisannya sebelum ini.

"Harga tersebut diambil kira atas faktor G-Dragon merupakan seorang artis terkenal dunia dan lukisannya tidak pernah dijual di mana-mana tempat sebelum ini," jelas wakil pusat bidaan berkenaan.

Bakat G-Dragon dalam lukisan pernah dizahirkan menerusi lagu Big Bang berjudul Bae Bae pada 2019 yang diinspirasikan kehidupan pelukis terkenal Francis Bacon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain