suria

Rose sambung kontrak dengan YG Entertainment, ahli lain Blackpink cari agensi baharu 

Rose menyambung kontrak bersama YG Entertainment.

PENYANYI Rose dilaporkan satu-satunya anggota kumpulan Blackpink yang memperbaharui kontrak bersama syarikat pengurusan YG Entertainment menurut laporan media di Korea Selatan.

Tiga lagi anggota kumpulan itu pula dikatakan bakal mencari syarikat pengurusan baharu namun masih akan bergerak aktif sebagai Blackpink selama enam bulan setiap tahun.

YG Entertainment pula dalam satu kenyataan menyangkal dakwaan sedang dalam proses perbincangan bersama Blackpink bagi memujuk mereka memperbaharui kontrak bersama syarikat tersebut.

Blackpink-2023-members-01-9d67ffe25a474456b4be77adedb057b0

Blackpink akan terus bersama sebagai sebuah kumpulan selepas ini.

Kontrak eksklusif Blackpink bersama agensi itu berakhir pada Ogos lalu.

Blackpink mengakhiri persembahan terakhir mereka di Seoul minggu lalu dan secara keseluruhannya konsert jelajah dunia mereka berjaya mengumpul 1.8 juta penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan kurus kering Rose Blackpink jadi tumpuan, peminat bimbang sampai nampak tulang rusuk

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat buat forum dedah bukti Rose Blackpink kekasih Kang Dong Won

Jennie bagaimanapun memberi bayangan mereka masih kekal sebagai Blackpink dan akan terus mengadakan konsert buat peminat.

Selain Rose, Blackpink turut dianggotai oleh Lisa, Jennie dan Jisso.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain