suria

Enggan serah pasport milik anak, Sophie Turner saman Joe Jonas 

Joe dan Sophie telah capai kata sepakat tentang hak penjagaan anak.

KEMELUT rumah tangga pasangan Joe Jonas dan Sophie Turner memasuki episod baharu apabila aktres itu memfailkan saman terhadap suaminya.

Sophie, 27, dilaporkan bertindak sedemikian susulan Joe didakwa enggan menyerahkan pasport dua anak mereka bagi membolehkan mereka pulang ke England.

CNN melaporkan laporan mahkamah sebelum ini menyebut Joe dan Sophie meletakkan England sebagai tempat tinggal kekal mereka pada April 2023.

sophie turner 2

Joe dan Sophie berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Justeru Sophie berhak membawa anak-anak mereka pulang ke negara itu biarpun kedua-duanya lebih banyak menghabiskan masa di New York, Amerika Syarikat.

Sumber terdekat pasangan itu pula memberitahu Sophie yang merupakan warganegara England mahu pulang ke sana bersama dua anaknya bagi menjalani penggambaran sebuah filem.

Bagaimanapun ketika satu sesi pertemuan, Joe enggan menyerahkan pasport perjalanan antarabangsa anak-anak mereka kepada Sophie.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas seminggu fail cerai, Joe Jonas akhirnya buka mulut jawab kontroversi berpisah dengan isteri

Joe dan Sophie juga dikatakan telah berjumpa baru-baru ini bagi membincangkan tentang hak penjagaan anak mereka selepas berpisah.

"Joe memberitahu mereka telah mencapai persetujuan tentang kerjasama menjaga anak," jelas satu sumber.

Pada 5 September lalu, Joe memfailkan cerai terhadap Sophie selepas empat tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain