KEMUNCULAN Post Malone menerusi konsert pertamanya di Seoul, Korea Selatan pada malam Sabtu mencuri perhatian apabila penyanyi itu tampil mengenakan kemeja T rasmi kumpulan Blackpink. Post atau Austin Richard Post, 28, memakai kemeja T berkenaan dipercayai sebagai menunjukkan rasa hormat terhadap peminat dan Blackpink yang menjadi antara selebriti dari Korea Selatan yang popular di seluruh dunia. Penyanyi itu mengadakan persembahan pertamanya di Korea International Exhibition Center di Goyang, Seoul. Peminat turut melahirkan rasa teruja dengan penampilan Post dan menganggap penyanyi itu seorang yang merendah diri dan cuba menunjukkan rasa hormat terhadap bintang kesayangan masyarakat Korea itu. Konsert pertama Post di Korea Selatan dihadiri 30,000 peminat. Malah ramai mengusik bahawa Post sebenarnya peminat Blackpink. "Blink Malone! Dia nampak kacak dalam baju berkenaan. "Tak sangka Post meminati Blackpink," komen peminat. ARTIKEL BERKAITAN: Enggan serah pasport milik anak, Sophie Turner saman Joe Jonas ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Ujang Ronda pun terlibat dalam filem lucah ‘Keramat Tunggak’... Terima bayaran RM150 sebab terdesak tiada kerja Bagaimanapun ramai terkejut dengan perubahan fizikal Post yang kelihatan kurus berbanding sebelum ini. "Saya harap dia sihat dan bukannya kurus disebabkan penyakit. Fizikalnya nampak cukup berbeza," komen peminat lain pula. Sementara itu, konsert berkenaan berjaya menghimpunkan 30,000 penonton dan tiket yang dijual dilaporkan habis terjual dalam tempoh kurang sejam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!