suria

Badan kurus kering Rose Blackpink jadi tumpuan, peminat bimbang sampai nampak tulang rusuk

Peminat bimbang lihat Rose terlalu kurus.

PEMINAT meluahkan kebimbangan apabila melihat sosok tubuh penyanyi Rose Blackpink yang kelihatan terlalu kurus ketika mengadakan konsert jelajah dunia Born Pink di Stade De France, Paris baru-baru ini.

Allkpop melaporkan tulang rusuk penyanyi berkenaan jelas kelihatan setiap kali dia melakukan pergerakan memandangkan dia mengenakan baju crop top yang membuatkan bahagian perutnya terdedah.

Peminat bimbang tentang kesihatan penyanyi tersebut memandangkan bentuk tubuhnya seperti menceritakan sesuatu.

ROSE2

Penampilan Rose (kiri) di Paris mencuri perhatian ramai.

"Rose kelihatan tak sihat dan nampak seperti akan rebah bila-bila masa.

"Rose memang sentiasa nampak kurus dan cergas... tetapi kali ini dia terlalu kurus dan membimbangkan. Saya harap dia okay," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink nyaris dapat malu besar, kancing baju tercabut ketika asyik menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dari Malaysia terjumpa Jisoo dan Rose dalam penerbangan, permintaan bergambar ditolak secara baik

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama Elle Korea, Rose mengakui dia terlalu menjaga pemakanan lebih-lebih lagi pada waktu malam untuk mengelakkan perut buncit.

Rose juga merupakan antara selebriti paling kurus yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter dengan berat 44 kilogram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain