suria

Cakra Khan dapat 4 ‘yes’, mahu bina rumah perlindungan haiwan jika menang America's Got Talent

Cakra berjaya dalam sesi uji bakat AGT2023.

PENYERTAAN Cakra Khan menerusi program popular America's Got Talent 2023 akhirnya terjawab apabila penyanyi itu berjaya menembusi peringkat awal dengan mendapat empat 'yes' daripada barisan juri.

Apa menarik perhatian, Cakra, 31, tidak memperkenalkan dirinya sebagai seorang penyanyi kepada barisan juri meskipun dia merupakan salah seorang artis popular di Indonesia.

Malah ketika menyampaikan lagu Make It Rain nyanyian asal Ed Sheeran, nyanyiannya diganggu oleh salah seorang juri iaitu Simon Cowell yang tidak menyukai persembahannya.

Bagaimanapun Simon memberi peluang kedua kepada Cakra menukar lagu sebelum memukau penonton termasuk Simon menerusi lagu No Women No Cry nyanyian asal Bob Marley.

cakra khan 2

Pendedahan Cakra menyertai uji bakat America's Got Talent mendapat perhatian peminat.

Salah seorang juri, Heidi Klum memuji kemanpatan vokal Cakra yang disifatkan sebagai seksi.

Dua lagi juri America's Got Talent Howie Mandel dan Sofia Vergara.

Sementara itu, ketika ditanya perancangan sekiranya memenangi pertandingan tersebut, Cakra memberitahu mahu menggunakan wang kemenangan untuk membina rumah perlindungan haiwan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan mohon doa peminat, sertai program America's Got Talent

Meluahkan rasa syukur atas pencapaian tersebut, Cakra turut mengenang kembali impian Allahyarham bapanya yang mahu dia beraksi di pentas besar itu.

"Satu Muharam tiga tahun lalu bapa saya meninggal dunia. Sekarang satu Muharam akhirnya saya boleh berada di pentas besar seperti yang diinginkan bapa," katanya.

Keputusan uji bakat Cakra sebelum ini dinantikan ramai peminat selepas dia berkongsi gambar menghadiri sesi uji bakat.

Bagaimapun dia terpaksa menyimpan rahsia kerana perlu menunggu waktu siaran sebelum berkongsi berita baik berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain