NAMA selebriti sensasi Indonesia Dinar Candy kembali panas apabila dia didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang lelaki berstatus suami orang dikenali sebagai Koh Apex. Dinar menyifatkan tuduhan yang tersebar di media sosial itu sebagai fitnah dan mencabar mereka yang membuat dakwaan itu agar bersemuka dengannya. Dia yang bekerja sebagai Disc Jockey (DJ) mendedahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya. Kapsyen di Instagram Dinar Candy yang sedang bersabar hadapi tuduhan menjadi seorang perampas. Mengakui masih bersabar dengan tuduhan itu, Dinar juga berkata, dia sedang mengumpul bukti bagi melaporkan kes itu kepada pihak polis. Dalam pada itu, Dinar menegaskan dia tidak pernah mengejar cinta lelaki yang sudah berkahwin apatah lagi menjadi penyondol. ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam seksi, Dinar Candy minta netizen unfollow katanya ‘content’ untuk orang dewasa Tuduhan itu sebaliknya dibuat hanya disebabkan imejnya yang seksi. Sebelum ini, Dinar juga pernah menjadi mangsa kecaman netizen apabila 'content' Instagram miliknya tidak mesra keluarga dan golongan kanak-kanak. Selain bergelar deejay, Dinar juga aktif dalam bidang sukan tinju dan pernah meraih beberapa kejuaraan dalam bidang berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!