suria

Karier model buat Gisele Bundchen tak ‘bernafas’, pernah terfikir terjun bangunan 

Gisele akui tertekan dengan kehidupan sebagai supermodel ternama.

MODEL terkenal Gisele Bundchen mendedahkan dia pernah terfikir untuk menamatkan nyawanya sendiri ketika kariernya berada di kemuncak.

Gisele, 43, berkata, kehidupan dilalui sebagai supermodel tidak seindah disangka malah banyak perkara tidak menyenangkan terpaksa dibayar atas populariti dikecapinya.

Mengimbau kembali detik hitam dalam kariernya, Gisele memberitahu ketika itu dia seperti berada di dalam lorong gelap sehingga sering mengalami sesak nafas akibat mengalami masalah kebimbangan melampau (anxiety).

gisele 2

Gisele dan Tom berpisah secara baik tahun lalu.

"Saya pernah melalui detik di mana sering sesak nafas. Saya sanggup menaiki tangga sebab takut menggunakan lif.

"Cuba bayangkan bagaimana perasaan tak boleh bernafas meskipun berada di tempat terbuka... Saya pernah terfikir nak terjun bangunan," katanya.

Tambah model asal Brazil itu, hidupnya dalam keadaan tertekan disebabkan jadual kerja yang padat sehingga terpaksa bergantung kopi bagi memastikan dia sentiasa segar.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan serah pasport milik anak, Sophie Turner saman Joe Jonas

Sementara itu, model Victoria's Secret itu turut memberitahu tidak pernah menyesal dengan penceraiannya dengan bekas suami iaitu aktor Tom Brady.

Kata Gisele, meskipun sudah tidak bersama namun Tom sentiasa menjadi ayah terbaik buat anak-anak mereka.

Gisele dan Tom bercerai tahun lalu selepas 13 tahun berkahwin dan memiliki dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain