suria

Lelaki kejar cinta bekas isteri Virgoun, Inara belum sedia cari pengganti 

Inara jadi rebutan lelaki kaya untuk berkenalan.

BEKAS isteri penyanyi Virgoun iaitu Inara Rusli menjadi buah mulut masyarakat selepas ramai meluahkan rasa simpati dengan nasibnya yang dicurangi suami.

Sejak bercerai, Inara kini sibuk mencari rezeki demi meneruskan kehidupan bersama tiga orang anaknya.

Bagaimanapun, kecoh Inara dikatakan didekati oleh seorang lelaki mahu memperisterikannya namun ditolak kerana mahu fokus terhadap karier dan anak-anak.

"Sebelum ini ada seorang lelaki yang ajak saya makan malam... kami hanya makan dan berbual sahaja.

Inara lebih fokus mencari rezeki untuk anak-anak.

"Tanpa mengurangkan rasa hormat terhadapnya, buat masa ini saya mahu fokus kepada mencari rezeki dan anak-anak," katanya.

Lelaki berkenaan dikatakan masih belum berputus asa dan masih cuba menagih cinta Inara.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Virgoun buka purdah, alasan mahu bekerja persediaan sebelum jadi janda

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dakwa Virgoun cari wanita lain penuhi fantasi seks, rupa paras bukan keutamaan

Pada 27 April lalu, Inara mendedahkan Virgoun berlaku curang terhadapnya sejak dua tahun lalu bersama wanita yang dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anis.

Menurut Inara, Virgoun pernah berzina dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks.

Pada 5 Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai di Pejabat Agama Jakarta Barat dengan alasan terhina teruk dimalukan oleh Inara di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain