suria

Cepat betul ‘move on’! Taylor Swift dah jumpa pengganti selepas putus Matty Healy, katanya penyanyi India

Khabar angin Taylor dan Diljit Dosanjh bermesra sewaktu makan malam kecoh jadi bualan peminat.

BARU sahaja berpisah dengan vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy, penyanyi Taylor Swift dikhabarkan sudah menemui pengganti dengan seseorang berbangsa India.

Ia berikutan Taylor dilihat keluar makan bersama seorang penyanyi yang dikenali sebagai Diljit Dosanjh, baru-baru ini.

Memetik laporan Hindustan Times, pasangan berkenaan dilihat meluangkan masa bersama Cactus Club Cafe Coal Harbou.

Taylor 2

Taylor pilih lelaki berbangsa India selepas berpisah dengan Matty.

Menurut khabar angin yang tersebar itu, pasangan berkenaan dilihat mesra dan intim sewaktu makan malam berkenaan.

Bagaimanapun, khabar tersebut tidak disambut baik peminat apabila menyatakan pasangan berkenaan tidak sepadan.

Malah ada yang berpendapat mereka akan berkerjasama untuk lagu terbaharu Taylor.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat sebulan bercinta, Taylor Swift dan Matty Healy berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam penangan Matty Healy, Taylor Swift pertama kali rasa bahagia

"Dia orang tak mungkin bercinta, berkerjasama itu pasti.

"Mesti menarik kalau Taylor tulis lagu berdasarkan kisah cintanya bersama Diljit selepas berpisah nanti," antara komen netizen.

Sebelum ini, hubungan Taylor dan Matty hanya bertahan selama sebulan apabila pasangan berkenaan memilih untuk membawa haluan masing-masing.

People melaporkan keputusan itu diambil kerana tiada perasaan cinta wujud antara mereka selain hubungan yang terjalin sebelum ini tidak serius seperti disangka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain