suria

Afgan idolakan Sheila Majid sejak kecil, tak sangka pertemuan di konsert terus jadi sahabat baik

Afgan meminati Sheila Majid sejak kecil.

PENYANYI Afgan mengakui dia sangat mengidolakan Sheila Majid sejak kecil lagi.

Memetik laporan Kompas, Afgan atau Afgansyah Reza, 34, berkata dia bertemu dengan penyanyi Malaysia itu buat pertama kali sewaktu mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

Sejak daripada pertemuan itu, Afgan dan Sheila atau Shaheila Abdul Majid, 58, menjadi sahabat baik sehingga menghasilkan kolaborasi bersama.

afgan - 1

Sheila memberi inspirasi buat kerjaya muzik Afgan.

"Sheila Majid? Iya pasti, sejak kecil lagi saya sudah minat pada Sheila.

"Sewaktu saya mengadakan konsert di Kuala Lumpur, dia datang menonton dan selepas itu kami terus menjadi sahabat.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut berdepan juri, Afgan cabut lari uji bakat Indonesian Idol sebab pemalu

ARTIKEL BERKAITAN: "Perbuatan dosa disorak-sorak"... PU Syed tegur aksi Afgan peluk peminat wanita

"Saya sangat senang apabila mendapat seorang sahabat seperti Sheila," katanya.

Dalam pada itu, menurut penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu ini, Sheila menjadi salah satu motivasi terhadap kerjaya muziknya dan pernah melahirkan beberapa lagu kolaborasi bersama.

Malah, Afgan turut pernah memberikan nafas baharu pada lagu Sheila yang berjudul Ku Mohon.

Selain Sheila, Afgan turut mengidolakan beberapa penyanyi Indonesia termasuk mendiang Glenn Fredly dan Chrisye.

"Kalau dari Indonesia saya meminati ramai penyanyi lelaki antaranya Glenn Fredly, Chrisye, Marcell Siahaan, Rio Febrian dan seangkatan mereka," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain