suria

Baru tersedar tak sesuai sebagai kekasih, Shawn Mendes dan Camila Cabello berpisah buat kali kedua 

Shawn dan Camila sekali lagi berpisah.

PERCUBAAN pasangan penyanyi Shawn Mendes dan Camila Cabello kembali sebagai pasangan kekasih berakhir dengan perpisahan buat kali kedua.

Daily Mail melaporkan Shawn dan Camila kembali bercinta sejak enam minggu lalu dan kali terkahir dilihat bersama ketika hadir menyaksikan konsert penyanyi Taylor Swift pada 26 Mei lalu.

"Shawn dan Camila banyak mempunyai kenangan bersama dan mereka cuba menjalinkan hubungan sekali lagi.

shawn - 1

Shawn dan Camila dikatakan tidak sesuai menjadi pasangan kekasih.

"Tapi ia bukan sesuatu yang serius sehingga akhirnya mereka memutuskan untuk membawa haluan masing-masing," kata sumber.

Difahamkan Shawn dan Camila baharu tersedar yang mereka tidak sesuai menjadi pasangan kekasih dan disebabkan itu kedua-dua penyanyi itu mahu membuka lembaran baru.

ARTIKEL BERKAITAN: Shawn Mendes dah jumpa pengganti! Heboh gosip bercinta dengan doktor berusia 50 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Camila Cabello harap dapat berkawan semula dengan Shawn Mendes... Ed Sheeran nasihat buka lembaran baharu dalam hidup

"Mereka sedar bahawa nampaknya ini adalah kesalahan mereka untuk mencuba memperbaiki hubungan.

"Kenyataan Shawn dan Camila menyedari bahawa mereka tidak sesuai menjadi pasangan kekasih dan ingin membuka lembaran baru dalam hidup," ujarnya.

Untuk rekod, Shawn dan Camila mula menjalin hubungan cinta pada Julai 2019 dan memutuskan hubungan mereka pada November 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain