suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shawn Mendes dah jumpa pengganti! Heboh gosip bercinta dengan doktor berusia 50 tahun

Shawn Mendes dilaporkan sudah mempunyai pengganti dengan seorang doktor.

PENYANYI Shawn Mendes dikhabarkan sudah menemui pengganti dan kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang doktor berusia 50 tahun.

Shawn Mendes, 24, dilihat keluar membeli-belah bersama wanita bernama Jocelyne Miranda di sebuah pasar di Amerika Syarikat.

Foto tersebar itu menimbulkan tanda tanya dan mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima bulan putus, Shawn Mendes masih sayang Camila Cabello... Akui lebih matang selepas berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Shawn Mendes akui hadapi masa sukar selepas berpisah dengan Camila Cabello

Kata peminat, ini bukan kali pertama pasangan ini dilihat keluar bersama kerana sebelum ini gambar Shawn dan Jocelyne berpegangan tangan di sebuah kedai di Los Angeles tular di media sosial.

Namun begitu, ada juga segelintir peminat berasa kurang senang dengan hubungan penyanyi lagu Treat You Better dengan doktor tersebut kerana perbezaan usia.

Untuk rekod, Shawn sebelum ini menjalinkan percintaan dengan penyanyi Camilla Cabello namun hubungan itu musnah pada Disember 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain