suria

Louis Tomlinson patah tangan, terjatuh semasa pulang dari konsert

Perkongsian Louis di Instagram telah meriah perhatian peminat.

MALANG tak berbau!

Penyanyi kumpulan One Direction iaitu Louis Tomlinson mengalami patah tangan kanan selepas terjatuh ketika pulang dari konsert.

Difahamkan, Louis pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengadakan konsert di Bandar New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

"Konsert yang diadakan pada malam itu sangat menakjubkan!

Louis selesai konsert dan dalam perjalanan pulang ketika insiden itu berlaku

"Namun ketika pulang, saya telah terjatuh dan menyebabkan tangan di sebelah kanan patah," katanya.

Penyanyi lagu Back To You itu berkongsi berita sedih ini menerusi akaun Twitter dan Instagram miliknya selepas disahkan pihak hospital mengenai kecederaan yang dialaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zayn Malik tulis surat kepada PM, gesa bantuan makanan percuma untuk kanak-kanak miskin di sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Zayn Malik ‘unfollow’ IG selepas gosip cinta Gigi Hadid dan Leonardo DiCaprio bertiup kencang!

Sementara itu, perkongsian Louis yang menunjukkan gambar X-ray tulang di bahagian kanan patah itu telah meraih perhatian netizen.

"Macam mana awak terjatuh sampai boleh menyebabkan tangan patah.

"Semoga cepat sembuh dan dapat menghiburkan peminat lagi," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain