suria

Netizen ungkit kecurangan Ahmad Dhani selepas keluar kenyataan kahwin ‘rakan’ isteri perkara biasa

Netizen ungkit kisah Ahmad Dhani kahwini rakan baik isteri.

NAMA penyanyi Ahmad Dhani kembali panas apabila mengeluarkan kenyataan berkahwin atau bercerai dengan rakan baik isteri bukan perkara luar biasa.

Vokalis kumpulan Dewa 19 itu berkata, dia hairan mengapa masih ramai memperbesarkan perkara tersebut kerana ia bukan satu kesalahan malah tidak dilarang dalam agama Islam.

"Orang yang anggap perkara itu luar biasa perlu berfikir kembali sebab itu perkara biasa untuk seseorang berkahwin atau pun bercerai..

Ahamad Dhani anggap kahwin dengan rakan isteri tak salah.

"Contohnya berkahwin dengan kawan isteri, atau berkahwin dengan kakak isteri sekali pun... kalau sudah bercerai tidak mengapa malah tak melanggar hukum agama pun," katanya.

Bagaimanapun kenyataan yang dibuat ketika muncul dalam sebuah program televisyen menjadi bualan hangat netizen yang merasakan Ahmad Dhani tidak sepatutnya bercakap seperti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Biar betul ‘Ahmad Dhani’ berdiri di celah ribuan penonton konsert, peminat sedar dan bersorak terus muka jadi biru!

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan suka-suka pegang, isteri orang tu” - Aksi spontan Ahmad Dhani pegang bahu Fazura undang kecaman

Apatah lagi, dia sendiri pernah melukai hati bekas isterinya, Maia Estianty apabila berkahwin dengan rakan duetnya iaitu Mulan Jameela.

Ahmad Dhani dan Maia bercerai pada 2008 berpunca daripada orang ketiga iaitu Mulan.

Tidak lama selepas itu, Mulan dan Ahmad Dhani berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Safeea.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain