suria

BTS kumpulan pertama menang kategori ‘Artis Kpop Kegemaran’ Anugerah Muzik Amerika

BTS artis Kpop pertama menang kategori baharu AMA.

SEPERTI dijangka kumpulan BTS menjadi artis Korea Selatan pertama memenangi kategori baharu iaitu Favorite Kpop Artist di Anugerah Muzik Amerika (AMA) yang berlangsung di Los Angeles pada malam Ahad.

Menerusi kategori tersebut, BTS mengalahkan calon lain iaitu kumpulan Blackpink, Seventeen, TXT dan Twice.

Tidak hanya itu, BTS turut memenangi kategori Favourite Pop Duo or Group buat kali keempat berturut-turut mengalahkan nama besar lain yang tercalon iaitu Coldplay, Imagine Dragons, Maneskin dan One Republic.

bts1 - 1

BTS menggondol anugerah dalam kategori baharu di AMA 2022.

Untuk rekod, kumpulan berkenaan pertama kali menerima trofi AMA pada 2018 menerusi kategori Favorite Social Artist manakal tahun lalu, BTS melakar sejarah apabila menjadi artis Asia pertama memenangi kategori Artist of the Year.

BTS dianggotai oleh Jungkook, V, Jimin, Suga, Jin, RM dan J-Hope.

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS dipilih nyanyi runut bunyi Piala Dunia FIFA Qatar 2022

ARTIKEL BERKAITAN: BTS akhirnya sertai latihan tentera, akan kembali bersama pada 2025

Sementara itu, Taylor Swift memenangi enam trofi pada acara berkenaan termasuk Artist of the Year, Favourite Female Pop Artist, Favourite Pop Album dan Favourite Female Country Artist.

Taylor menumpaskan calon lain dalam kategori Artist of the Year termasuk Beyonce, Harry Styles, The Weeknd, Drake, Adele dan Bad Bunny.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain