suria

Sempoi Dian Sastrowardoyo mengajar sambil berkain batik, pelajar ‘auto’ semangat dapat cikgu bintang terkenal

Dian Sastro menjadi pensyarah di Universiti Indonesia.

PELAKON Indonesia, Dian Sastrowardoyo menarik perhatian ramai apabila menjadi pensyarah jemputan di Universiti Indonesia (UI).

Dian, 40, mengajar di kelas vokasional UI dan berkongsi ilmu tentang perfileman serta lakonan dengan penuntut universiti berkeanan.

"Hari ini saya mengajar bagi membincangkan tentang struktur filem, matlamat jangka panjang dalam sebuah karakter, bahasa visual dan mise en scene," tulisnya di Instagram.

Aktres ini memuat naik video dan foto ketika sedang mengajar di akaun media sosial miliknya.

Dian berkongsi ilmu dan pengalamannya dalam industri perfileman.

Dalam pada itu, Dian turut berpesan kepada pelajarnya untuk melakukan tugasan dengan baik dan mengakui dia seorang yang tidak kedekut memberi markah asalkan dapat membuatnya kagum.

"Buat pelajar-pelajar saya, selesaikan tugasan kamu dengan penuh semangat. Saya tahu kamu semua jauh lebih bijak dan kreatif daripada yang kamu sangkakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dian Sastrowardoyo rasa macam mimpi dapat 'breakfast' dengan Yuna di Los Angeles

ARTIKEL BERKAITAN: Dian Sastrowardoyo mengaji satu juzuk sehari - "Saya rasa berdosa ada Al-Quran tapi tak baca"

"Saya tidak kedekut untuk memberi markah, tetapi kamu perlu yakinkan saya. Jadi, kagumkan saya dengan tugasan kamu," katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bertanyakan bagaimana agaknya perasaan apabila diajar oleh aktres wanita popular Indonesia ini.

"Macam mana agaknya belajar dan mendengar ceramah daripada Dian Sastro secara berhadapan ya?

dian1 - 1

Dian bersama pelajar di Universiti Indonesia.

"Guys, macam mana rasnaya apabila diajar oleh Dian Sastro?

"Kalau pensyarahnya Dian Sastro, sudah tentu pelajar jadi lebih bersemangat," tulis netizen.

Untuk info, Dian merupakan pelajar lulusan Universiti Indonesia dan alumni Ilmu Falsafah, Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya pada Julai 2007.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain