suria

Dian Sastrowardoyo rasa macam mimpi dapat ‘breakfast’ dengan Yuna di Los Angeles

Dian (kanan) berpeluang bertemu Yuna di Amerika Syarikat.

PELAKON terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo meluahkan rasa teruja kerana dapat bertemu dengan penyanyi kegemarannya, Yuna, baru-baru ini.

Menerusi Instagram, Dian berkongsi foto menikmati sarapan pagi bersama penyanyi berasal dari Malaysia itu di sebuah restoran di Amerika Syarikat.

"Sarapan pagi bersama penyanyi kegemaran saya Yuna. Bagaikan satu mimpi," tulisnya pada ruangan kapsyen dalam bahasa Inggeris.

Dian Yuna 1

Dian foto bersama Yuna.

Perkongsian Dian itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut, rata-ratanya meninggalkan komen positif mengakui turut mengidolakan penyanyi lagu Dan Sebenarnya itu.

Foto dimuat naik Dian itu menerima lebih 30,000 tanda suka dan ratusan komen daripada pengikut.

Difahamkan Dian Sastro kini sedang bercuti di Los Angeles dan Yuna juga kini menetap di sana bagi meneruskan karier seninya.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain