suria

Tiada lagi lawak lucu... YouTuber tertua nenek Minto meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air

Mbah Minto menghembuskan nafas terakhir selepas 11 hari menerima rawatan di hospital.

YOUTUBER tertua berasal dari Indonesia Minto Suwito Siyam atau lebih dikenali sebagai Mbah Minto meninggal dunia pada Rabu.

Menurut laporan Tabloid, Mbah Minto menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di Hospital Islam Klaten, Jawa Tengah.

Berita pemergian Mbah Minto ternyata mengejutkan ramai peminat termasuklah gabenor Jawa Tengah.

Difahamkan Mbah Minto meninggal dunia selepas 11 hari menjalani rawatan di hospital kerana terjatuh di bilik air.

minto 2

Gelagat lucu Mbah Minto akan menjadi kenangan peminat.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak dan 15 cucu serta empat cicit.

Mbah Minto sebelum ini dikenali sebagai watak seorang nenek lucu menerusi video ‘Gagal Mudik’ kerjasamanya bersama YouTuber Ucup Klaten.

Mbah Minto menghiburkan pengikut dengan gelagat lucu ibu dan anak.

Video-video yang memaparkan dirinya sering menjadi trending di laman tersebut.

Saluran YouTube Ucup Klaten mempunyai hampir dua juta subscribers dan Mbah Minto merupakan salah seorang watak yang sering diketengahkan dalam content mereka.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain