suria

Obses dengan daun kering, Julia Fox kutip buat pakaian

gdf

PELAKON Julia Fox mengejutkan peminat apabila memuat naik foto memperlihatkan dia menggayakan pakaian yang dihasilkan daripada daun gugur.

Tidak hanya itu, busana seksi yang hampir menampakkan bahagian buah dada dan kemaluannya turut menjadi perbincangan hangat peminat di media sosial.

Berkongsi proses menghasilkan rekaan itu, Fox menjelaskan dia mendapat inspirasi apabila melihat daun berguguran ketika berjalan-jalan di sebuah taman.

Julia mendapat idea menghasilkan pakaian daripada daun.

Fox sanggup kutip daun sendiri untuk rekaan musim luruh.

Ketika mendapat ilham itu, dia segera menghubungi rakannya yang juga pereka fesyen untuk memintanya merialisasikan gambaran yang bermain di dalam fikiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil separuh bogel di Paris Fashion Week, Bella Hadid buat kejutan dengan gaun semburan cecair khas

"Saya obses dengan daun dan akan pergi ke taman setiap hari. Daripada situ saya dapat inspirasi apabila melihat daun jatuh berguguran ketika musim luruh," katanya.

Bagaimanapun selepas pakaian itu siap, Fox mengakui dia ragu untuk memakainya di hadapan khalayak kerana ia mendedahkan hampir seluruh tubuhnya.

"Saya tidak tahu sama ada pakaian ini boleh dipakai atau pun tidak kerana punggung saya terdedah tetapi saya sangat obses dengan rekaan ini," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain