suria

Bukannya semua glamour di Bollywood, Jaya Bachchan dedah pernah tukar tuala wanita dalam semak

Jaya mendedahkan pelbagai pengalaman sebagai pelakon.

NAMA pelakon Jaya Bachchan sekali lagi menjadi bualan hangat di Bollywood apabila mendedahkan pernah menukar tuala wanita ketika datang haid di dalam semak.

Kata Jaya, 74, dia terpaksa berbuat demikian ketika menjalani penggambaran filem dan ia perkara sangat memalukan yang pernah dilalui sepanjang bergelar pelakon.

"Bergelar pelakon pada zaman dahulu perlu berdepan dengan pelbagai kesukaran ketika berada di lokasi penggambaran.

"Datang bulan ketika penggambaran boleh menjadi perkara sangat memalukan sehingga saya pernah menukar tuala wanita dalam kawasan semak," katanya.

Jaya Bachchan bersama cucunya Navya.

Isteri kepada Amitabh Bachchan itu berkongsi perkara itu ketika muncul sebagai tetamu dalam podcast cucunya, Navya Naveli baru-baru ini.

Jaya berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana pada zaman dahulu lokasi penggambaran tidak mempunyai kemudahan tandas mencukupi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaya Bachchan tiada masalah kalau cucu mengandung anak luar nikah, keluarga berfikiran moden!

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu terkurung dalam hospital akibat Covid-19... Amitabh Bachchan sempat ‘update’ peminat di media sosial

Malah dia terpaksa menyimpan semua tuala wanita yang telah digunakan sebelum membuangnya apabila tiba di rumah.

"Bayangkan ketika menjalani penggambaran di luar kawasan kami tidak disediakan van atau mempunyai tandas mencukupi.

"Disebabkan itu kami terpaksa menyorok dalam semak atau menyorok di sebalik batu di kawasan pergunungan untuk menukar tuala wanita untuk melepaskah hajat.

"Ia sangat tak selesa," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain