suria

Tegar Septian dah ada kekasih baharu, bekas isteri selamba dalam ‘live’ minta wang nafkah anak

Sarah berkongsi nasihat buat kekasih baharu Tegar.

SELEPAS mengumumkan perceraian dengan isteri pada hujung Jun lalu, penyanyi Tegar Septian kini dilihat kembali menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita dikenali sebagai Olla Putri Octaviani.

Terbuka berkongsi kisah cinta mereka, Tegar mengadakan sesi siaran langsung di laman TikTok yang turut disertai oleh bekas isterinya, Sarah Sheilka.

Dalam sesi tersebut, Sarah berlapang dada menerima teman baharu bekas suaminya itu dan menasihati Olla supaya menjaga Tegar dan tidak terlalu banyak berkongsi masalah yang boleh mengundang kecaman netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tegar mengaku sudah bercerai... tertekan, badan jadi kurus fikir masalah rumah tangga

Sarah juga memohon agar Tegar dapat memberi wang nafkah bagi membeli keperluan buat anak mereka.

"Sebagai teman, saya nasihatkan tolong bataskan bercakap di Instagram berkaitan kita bertiga. Untuk berjumpa buat masa ini saya belum sedia. Biarlah saya bertenang dahulu.

"Hubungan kita baik sahaja. Kepada Olla tolong jaga Tegar. Kalau Tegar ada wang terus pindahkan kepada ibu saya untuk keperluan anak. Sekarang ini anak lagi banyak keperluan," katanya.

Sementara itu, Sarah sempat menasihatkan Tegar supaya berubah dan sekali lagi menegaskan bahawa perpisahan mereka sebelum ini bukan disebabkan masalah kewangan.

Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain