suria

Bahagian alat sulit pelakon Marvel disunting untuk elak penonton hilang fokus

Gambar alat sulit pelakon Marvel yang disunting tular di media sosial.

FILEM Black Panther: Wakanda Forever yand ditayangkan pada November lalu masih menjadi bualan peminat Marvel seluruh dunia sehingga hari ini.

Kisah menyayat hati yang dipaparkan dalam filem ini menjadikannya sebuah filem berjaya dan sering mendapat perhatian daripada peminat.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang individu berkongsi gambar saiz alat sulit pelakon filem berkenaan yang dilihat lebih kecil kerana telah disunting oleh pihak produksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen berang watak adiwira terbaharu Marvel tampilkan pelakon Israel

ARTIKEL BERKAITAN: Dua filem Avengers ditayangkan pada 2025

Tindakan individu berkenaan memuat naik hantaran sensitif itu telah menarik perhatian ramai kerana rata-rata netizen terkejut melihat foto sebenar tanpa suntingan.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang memberitahu bahawa ini bukan kali pertama pihak produksi menyunting alat sulit pelakonnya kerana sebelum ini Tom Hiddleston yang memegang watak sebagai Loki juga pernah berdepan perkara sama.

"Saya rasa pihak produksi sunting bahagian alat sulit pelakon untuk elakkan penonton hilang fokus untuk menonton filem ini," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain