suria

Dua filem Avengers ditayangkan pada 2025

Kevin Feige mengumumkan bakal melancarkan dua filem Avengers pada 2025.

PRESIDEN Marvel Studios, Kevin Feige mengumumkan bakal melancarkan dua filem Avengers pada 2025.

Dua filem tersebut, Avengers: The Kang Dynasty akan ditayangkan pada 2 Mei 2025 manakala Avengers: Secret Wars pada 7 November 2025.

"Kedua-dua filem itu akan melengkapkan saga kedua MCU, iaitu The Multiverse Saga," katanya.

Avengers: The Kang Dynasty dan Avengers: Secret Wars akan melanjutkan kisah Avengers: Endgame yang telah ditayangkan pada 2019 lalu.

Filem terakhir Avengers itu menjadi karya terlaris sepanjang zaman dengan keuntungan lebih dari AS$2.79 bilion atau RM11.99 bilion.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashanty jawab soalan peminat tentang hubungan intim bersama suami

Avengers: Endgame mengisahkan tentang sambungan perjuangan Avengers melawan Thanos. Mereka berusaha untuk mengembalikan alam semesta seperti sediakala setelah Thanos melenyapkan setengah populasi bumi.

Para Avengers berhasil menundukkan Thanos dan mengembalikan keadaan bumi seperti sediakala. Namun, perjuangan mereka dibayar dengan kematian Iron Man atau Tony Stark dan Black Widow dalam Infinity War.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain