suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Album Ateez dijual sebelum dilancarkan, kedai muzik jejak pembeli

Album kumpulan Ateez yang dijual secara tidak sengaja ditarik balik semula sehingga 29 Julai.

SEBUAH kedai muzik secara tidak sengaja menjual album baharu kumpulan Ateez, Ateez The World EP1: Movement yang masih belum dilancarkan.

Insiden yang berlaku di Las Vegas, Amerika Syarikat itu mengejutkan peminat kumpulan dari Korea Selatan tersebut.

Menurut pihak pengurusan kumpulan berkenaan, album tersebut sepatutnya berada di pasaran bermula 29 Julai ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Malaysia duduki tangga ke-10 obses dengan K-pop di TikTok

"Kesilapan itu sudah dikesan apabila beberapa hari sebelum dilancarkan dan penjelasan juga sudah dibuat. Album juga sudah ditarik balik sehingga tarikh sebenar pelancarannya," jelas wakil Ateez.

Pihak pengusan kedai juga sedang dalam usaha menjejaki individu yang sudah membeli album berkenaan untuk membatalkan pembelian dan menawarkan ganti rugi.

Untuk rekod, album itu mendapat pra-tempahan paling tinggi iaitu 1.1 juta salinan dalam tempoh seminggu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain