suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta kena jual! Jesicca Iskandar ditipu rakan, rugi lebih RM2 juta

Jessica pertama kali naik e-hailing bersama abang dan suaminya.

PELAKON Jessica Iskandar mendedahkan dia mengalami kerugian kira-kira RM2 juta akibat ditipu oleh seorang rakan perniagaan.

Individu yang menjalankan perusahaan sewa kereta itu secara senyap telah menjual beberapa buah kenderaan peribadi milik Jessica.

Jessica sebelum ini mendedahkan hal tersebut dan turut mendakwa wakil peguam kepada individu bernama Christoper Steffanus Budianto itu turut menipu dalam kes ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali naik komuter, Nia Ramadhani mengadu kepanasan

Melihat apa yang berlaku sebagai satu hikmah dan pengajaran buatnya, Jessica secara berseloroh memuat naik gambar dia menaiki kenderaan e-hailing.

"Semenjak semua kereta saya dijual secara senyap oleh Stipen (Christopher), saya dapat merasa pengalaman naik grab," jelasnya.

Perkara tersebut turut dijawab oleh abangnya iaitu Erick Iskandar yang memberitahu terasa sempit apabila terpaksa naik kenderaan tersebut beramai-ramai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain