suria

Pengikut Instagram JLo cecah 219 juta selepas kahwin Ben Affleck

JLo dan Ben berkahwin pada Sabtu lalu di Las Vegas.

PENYANYI Jennifer Lopez mencipta sejarah tersendiri apabila kini memperolehi 219 juta pengikut di Instagram dua hari selepas berkahwin dengan Ben Affleck pada Sabtu lalu.

Jennifer atau lebih mesra disapa JLo hanya mengikuti 1,410 akaun di Instagram yang di antaranya adalah rakan-rakan selebriti Nicole Kidman, Resse Witherspoon, Christina Aguilera, LL Cool J dan Ja Rule.

JLo dan Ben mengejutkan peminat apabila melangsungkan perkahwinan di Las Vegas selepas 18 tahun percintaan mereka terputus di tengah jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner dituduh mencemarkan alam, guna jet peribadi untuk penerbangan 3 minit!

Pasangan itu yang lebih dikenali dengan jolokan Bennifer kembali bersatu sebagai pasangan kekasih dan mengikat tali pertunangan pada April lalu.

Pada 2002, Ben pernah membeli cincin pertunangan 6.1 karat namun mengumumkan perpisahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 2003.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain