suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serkap jarang suami, Ardi Bakrie mengaku pernah terfikir tinggalkan Nia Ramadhani

Nia Ramadhani dan suami Ardi Bakrie semakin bahagia bersama.

SEMENJAK selesai menjalani program rehabilitasi, pelakon Nia Ramadhani dan suami Ardi Bakrie banyak meluangkan masa membuat video siaran langsung untuk berinteraksi bersama pengikut mereka.

Terbaharu, live pasangan itu yang dibuat di atas katil menarik perhatian netizen apabila mereka menjawab soalan daripada pengikut secara spontan.

Ketika menjawab soalan pengikut tentang bila kali terakhir mereka berhubung dengan bekas kekasih, Nia secara spontan bertanya kepada suaminya sama ada pernah terfikir untuk meninggalkannya.

Ardi yang pada awalnya berkata tidak menukar jawapannya dan mengakui pernah terfikir untuk meninggalkan isterinya itu.

"Bohong! Ada satu ketika kamu pernah ingin meninggalkan aku," kata Nia dalam video berkenaan.

Ardi sempat mencelah bahawa dia tidak pernah membenci Nia walau apa pun yang berlaku dan tetap akan menyayangi isterinya.

"Aku tidak pernah akan membenci kamu," katanya.

Meskipun video siaran langsung itu kecoh dengan pertanyaan dan jawapan pasangan itu, namun kedua-duanya kelihatan romantis dan saling menyayangi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain