suria

Sushmita Sen dituduh pisau cukur kerana pilih lelaki hartawan berusia sebagai kekasih

Sushmita kita bahagia bercinta dengan Lalit.

NAMA pelakon Sushmita Sen menjadi bualan ramai apabila dia digelar sebagai pisau cukur kerana sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki hartawan.

Terkesan dengan pandangan sesetengah pihak, Sushmita, 47, memberitahu dia bukanlah seperti diperkatakan, sebaliknya memberitahu boleh memiliki apa sahaja dengan duit sendiri.

"Apa yang berlaku sangat menyedihkan. Orang yang tidak pernah dikenali bercakap tentang saya. Mereka gelarkan saya pisau cukur.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah mengeluh terlalu penat, Shah Rukh Khan ditampar guru tari

"Saya mencari lebih daripada emas... saya mahukan permata dan saya boleh miliki dengan wang sendiri," katanya.

Pemenang Miss Universe 1994 berkenaan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Lalit Modi, 59, yang merupakan pengasas liga bola sepak perdana India.

Hubungan mereka mula diperkatakan selepas lelaki itu sendiri berkongsi gambar percutian mereka berdua di Maldives.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain