suria

[VIDEO] Melly Goeslaw pilih jalani bariatrik kerana obesiti

Melly mahu jadi lebih sihat.

PENYANYI dan komposer terkenal Melly Goeslaw memilih untuk menjalani pembedahan bariatrik akibat masalah obesiti yang dialaminya.

Menurut Melly, 48, dia sebelum ini pernah berusaha menurunkan berat badan namun beberapa amalan dietnya itu masih belum mengurangkan berat badan yang ideal.

"Walau saya berhasil turunkan berat badan sebanyak 25 kilogram, tetapi masih obesiti. Berat badan saya kekal begitu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ziela Jalil selamat jalani pembedahan bariatrik... Tak sangka tahap kolestrol tinggi

Penyanyi lagu Ada Apa Dengan Cinta itu berkongsi perjalanan pembedahan tersebut di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Dalam perkongsian tersebut, Melly meluahkan rasa syukur dan kini sedang membiasakan diri untuk amalan diet selepas pembedahan.

"Selama dua minggu kena minum air kosong, teh tawar dan susu. Saya tidak lapar dan sedang membiasakan diri.

"Tubuh badan langsing adalah impian setiap wanita, tetapi pada usia sekarang saya mahu sihat dan lebih produktif," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain