suria

JLo dan Ben Affleck kahwin mengejut di Las Vegas, tukar baju dalam tandas

JLo dan Ben akhirnya berkahwin selepas 18 tahun berpisah.

SELEPAS mengumumkan pertunangan pada April lalu, pasangan Jennifer Lopez dan Ben Affleck mengejutkan peminat apabila melangsungkan perkahwinan di Las Vegas pada Ahad.

Tanpa sebarang majlis yang gah dan persiapan rapi, pasangan berkenaan berkahwin dan bertukar ikrar di sebuah gereja bersama beberapa pasangan lain.

"20 tahun penuh sabar, itu yang kami mahukan. Semalam kami ke Las Vegas dan beratur dengan pasangan lain untuk bernikah.

BEN

Ben menyalin tuksedo di dalam tandas.

"Apabila cinta itu benar, perkara paling utama adalah perkahwinan dan perjanjian untuk saling menyayangi, memahami, sabar dan menjadi lebih baik untuk satu sama lain. Malam yang cukup indah buat kami," ujar Jennifer.

Jennifer atau JLo mengenakan gaun putih yang telah lama disimpan dan menukar busana tersebut di dalam sebuah bilik persalinan sementara Ben pula hanya bersiap di tandas.

ARTIKEL BERKAITAN: Ricky Martin nafi tuduhan amang seksual anak saudara, berdepan penjara 50 tahun

Pasangan itu pernah bercinta pada 2002 namun pasangan itu berpisah pada 2004.

Selepas hampir 18 tahun berpisah, pasangan ini kembali menjalinkan hubungan cinta.

Artikel Lain