suria

Ricky Martin kecewa jadi mangsa dakwaan palsu, minta individu buat tuduhan mulakan hidup baharu

Ricky kecewa dengan dakwaan palsu.

PENYANYI Ricky Martin mengakui terkilan dan kecewa atas dakwaan melakukan amang seksual yang dibuat sendiri oleh anak saudaranya sebelum ini.

Menurut Ricky, kes tersebut memberi kesan kepada keluarganya dan dia kini memerlukan masa untuk kembali pulih.

"Sebelum ini saya tidak dibenarkan untuk bela diri kerana mengikut prosedur undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ricky Martin nafi tuduhan amang seksual anak saudara, berdepan penjara 50 tahun

"Syukur segala tuduhan tidak benar. Apa yang berlaku sangat menyakitkan. Ia perkara yang membuat saya dan keluarga rasa kecewa.

"Kepada individu yang membuat pertuduhan tidak benar itu, saya harapkan dia dapat mencari jalan untuk mulakan hidup baharu.

"Sekarang ini saya perlu kembali pulih dengan cara menghasilkan muzik," katanya seperti yang dipetik dari People.

Sebelum satu permohonan mahkamah dibuat ke atas Ricky supaya tidak mendekati anak buahnya itu.

Semua dakwaan terhadap penyanyi usia 50 tahun ini bagaimanapun telah digugurkan oleh sebuah mahkamah di Puerto Rico.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain