suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lain macam penangan Matty Healy, Taylor Swift pertama kali rasa bahagia

Taylor umum dirinya bahagia bersama Matty Healy.

PENYANYI Taylor Swift secara terbuka memberitahu dia kini sedang berada di puncak kebahagiaan ketika mengadakan konsert jelajah di Massachusetts, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Taylor berkata, dia tidak pernah merasa sebahagia ini dari segala aspek kehidupannya selama ini.

Tidak ketinggalan, Taylor turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang turut menjadi punca kebahagiaan dirasainya.

275288682_678325933292867_7143188887982734297_n

Taylor kini sedang berbahagia dengan Matty Healy.

"Saya ingin berterima kasih kepada anda semua kerana menjadi sebahagian daripada kegembiraan itu.

"Buat pertama kali saya merasakan hidup penuh makna. Jadi saya ingin menyampaikan lagu ini (Question) yang membawa banyak kenangan indah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hala kemaluan ke arah kamera, suka tonton porno sambil onani... peminat gesa Taylor Swift tinggalkan Matty Healy

ARTIKEL BERKAITAN: Berpegangan tangan ketika keluar bersama, peminat tak restu hubungan Taylor Swift dan Matty Healy

Sehubungan itu, rata-rata netizen berpendapat kebahagiaan penyanyi lagu Love Story itu sedang bahagia bersama kekasihnya iaitu Matty Healy.

"Dia bahagia sehingga ke pasangan seterusnya. Dia mengejek kita ke?

"Taylor sejujurnya suruh kita jangan sibuk urusan dia," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia