suria

Anjing Chihuahua Paris Hilton mati, teman paling setia selama 23 tahun 

Anjing Paris Hilton meninggal dunia.

SEJAK 20 tahun lalu, bintang realiti Paris Hilton sering tampil di acara karpet merah bersama anjing kesayangannya sehingga haiwan jenis Chihuahua itu sama popular dengan tuannya.

Bagaimanapun, Paris mendedahkan anjing yang diberi nama Harajuku B*tch tersebut mati pada usia 23 tahun.

"Hari ini, hati saya hancur sewaktu mengucapkan selamat tinggal kepada chihuahua saya yang paling berharga iaitu Harujuku B*tch.

pariss - 1

Paris penuh sikap rasa sayang terhadap haiwan.

"Selama 23 tahun yang luar biasa, dia mengisi hidup saya dengan penuh rasa cinta, kesetiaan dan memori yang tidak dapat dilupakan.

"Di setiap kemewahan dan kehidupan glamor, dia sentiasa ada bersama saya. Kami berkongsi begitu banyak kenangan, gelak tawa dan air mata," katanya.

Paris berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton akhirnya dedah wajah anak, beri nama Phoenix

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! Paris Hilton mengaku pernah gugurkan kandungan, terlalu muda untuk jadi ibu

Dalam pada itu, pelakon filem House of Wax itu juga turut menzahirkan ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan buat Harajuku itu dan memberitahu anjing peliharaannya itu akan sentiasa kekal berada dalam hatinya.

"Terima kasih kerana menyerikan kehidupan saya dengan kasih sayang tanpa batasa. Awak selamanya menjadi bidadari kecil saya yang akan dirindui dan disayangi selamanya.

"Awak mungkin tidak ada bersama saya secara fizikal, tetapi jejak kaki awak tidak akan pernah pudar," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain