suria

Persembahan Sheila On 7 bikin kecoh, penganjur kena kecam punca jalan sesak

Jalan jadi sesak gara-gara kemunculan SO7.

KEMUNCULAN kumpulan Sheila On 7 (SO7) mengadakan persembahan percuma di sebuah pasar raya Ahad lalu berjaya mengubat kerinduan peminat.

Mana tidaknya, sudah lama kumpulan yang popular menerusi lagu Berhenti Berharap tersebut tidak membuat kemunculan dan mengadakan konsert.

Bagaimanapun di sebalik kemeriahan peminat berkumpul, timbul pula isu kesesakan lalu lintas di sekitar pusat beli-belah Kasablanka di Jakarta selepas SO7 selesai membuat persembahan.

so74

Persembahan SO7 ubat rindu peminat.

Memetik laporan Suara, pihak penganjur konsert percuma itu dikecam hebat oleh netizen yang mendakwa pemilihan lokasi yang tidak sesuai dan menyusahkan banyak pihak.

Bukan itu sahaja, keadaan di dalam pusat beli-belah itu juga dikatakan tidak terkawal apabila peminat membanjiri setiap tingkat untuk menyaksikan kumpulan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Brian terkejut disingkirkan dari kumpulan Sheila On 7, sampai sekarang belum tahu punca nama digugurkan

Difahamkan peminat mula berkumpul di lokasi beberapa jam lebih awal sebelum SO7 membuat kemunculan.

Biarpun isu kesesakan itu menjadi bualan ramai, ia juga membuktikan kumpulan berkenaan masih mempunyai pengikut yang ramai meskipun sudah lama tidak muncul dengan album baharu.

Malah pengunduran pemain drama SO7 iaitu Brian pada Mei lalu tidak menjejaskan sokongan peminat terhadap tiga anggota lain iaitu Duta, Eros dan Adam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain