suria

Peminat tak keruan tengok aksi menjolok mata Theo James dalam The White Lotus musim kedua

Theo James dikecam tidak berpakaian dalam drama The White Lotus.

NAMA pelakon Theo James menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat apabila berbogel dalam drama terbaharu lakonannya, The White Lotus.

Babak tersebut bukan sahaja memperlihatkan Theo tidak berpakaian tetapi turut menampakkan bahagian kemaluannya.

Lebih mencetuskan kontroversi apabila babak berkenaan tidak disunting membuatkan bentuk punggung dan kemaluan James jelas kelihatan dalam salah satu babak drama berkenaan.

Memetik laporan Daily Mail, James memberitahu babak tersebut hanya sebahagian berbanding aksi sebenar yang telah dipotong oleh pihak produksi.

Bagaimanapun, James berasa selesa meskipun tidak berpakaian di hadapan kamera malah beranggapan ia adalah sesuatu yang semula jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Adidas tamatkan kontrak, Kanye West kini jatuh miskin

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai sebulan kembali berbaik dengan Rizky Billar, Lesti Kejora dikatakan hamil anak kedua

"Dalam kontrak saya sudah tertulis, saya tidak dibenarkan melakukan apa-apa tanpa berbogel sepenuhnya," katanya.

Menerusi babak kontroversi itu, James yang memegang watak sebagai Cameron Babcock sedang menukar pakaian dan berbogel di belakang Harper Spiller dilakonkan Aubrey Plaza.

Difahamkan, bukan hanya James yang tidak berpakaian dalam drama tersebut malah pelakon lain turut berbogel untuk babak tertentu dalam The White Lotus musim kedua.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain