suria

Sule kunci mulut dakwaan isteri curang punca cerai, Nathalie muat naik foto bercuti bersama bekas teman lelaki 

Nathalie berkongsi foto bercuti bersama bekas teman lelaki.

BEKAS isteri kepada pengacara dan pelawak Sule iaitu Nathalie Holshcer didakwa sudah menemui pengganti apabila dilihat mesra dengan seorang lelaki baru-baru ini.

Nathalie, 29, turut berkongsi foto sedang bercuti bersama lelaki berkenaan yang didakwa bekas kekasihnya ketika zaman persekolahan.

Gambar yang dimuat naik di Instagram itu turut memperlihatkan pasangan itu bercuti bersama anaknya dengan Sule.

Nathalie nafi curang ketika status masih isteri Sule.

Nathalie sebelum ini mengakui trauma dengan lelaki.

Menurut sumber, Nathalie dikatakan berhubung semula dengan bekas teman lelakinya itu selepas bercerai dengan Sule dan semenjak itu hubungan mereka kembali akrab.

Bagaimanapun perkongsian itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan wanita itu sebagai penipu ekoran kenyataannya tentang rasa trauma terhadap lelaki selepas kegagalan rumah tangga dengan Sule.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh foto Sule berbaju pengantin, didakwa sudah berkahwin dengan model cantik

ARTIKEL BERKAITAN: Sule kunci mulut dakwaan bekas isteri curang punca cerai

"Kata sebelum ini trauma! Memang dah duga cepat sangat move on, Alhamdulillah semoga bekas suami dapat isteri lebih baik.

"Semoga bekas suami sabar dan sekarang sudah terbukti siapa yang curang dan siapa pula jujur," komen netizen.

Sebelum ini kecoh mengatakan Sule menceraikan Nathalie yang dikatakan bersikap curang terhadapnya dengan lelaki lain.

Pun begitu, Sule yang diminta mengulas mengenai perkara itu enggan berbuat demikian kerana menganggap sudah tiada apa perlu dijelaskan memandangkan mereka sudah tiada ikatan suami isteri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain