suria

Heboh foto Sule berbaju pengantin, didakwa sudah berkahwin dengan model cantik

sule 4

SPEKULASI kononnya pelawak terkenal Indonesia, Sule berkahwin lagi menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

Ini selepas tersebarnya foto pelawak itu bersama model Memes Prameswari mengenakan busana pengantin berwarna perak.

Menerusi foto berkenaan, Sule dan wanita berusia 26 tahun itu dilihat seperti sedang berada dalam sebuah acara perkahwinan.

sule 1

Gambar seperti pasangan pengantin yang dimuat naik oleh Sule dalam Instagram.

Sehingga kini, kedua-duanya bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini sama ada ia perkahwinan sebenar atau hanya sekadar gimik promosi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sule dedah hampir bercerai dengan Nathalie Holscher... Anak dalam kandungan jadi penyelamat rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Rizky Febian bakal cerai kali kedua, isteri mohon hak penjagaan anak

Untuk rekod, Sule atau nama sebenar Entis Sutisna, 45, bercerai dengan Nathalie Holscher pada 10 Ogos 2022 selepas dikatakan tiada lagi persefahaman.

Anak-anak Sule dari hasil perkahwinan pertama dan kedua.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Adzam Adriansyah Sutisna yang berusia 11 bulan.

Sule juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Lina Jubaedah dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Rizky Febian, 24, Putry Delina, 21, Rizwan Fadilah, 16, dan Ferdinan Adriansyah, 11.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain