suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Rizky Febian bakal cerai kali kedua, isteri mohon hak penjagaan anak

Isteri Sule membuat permohonan cerai.

DESAS-DESUS keretakan rumah tangga pelawak dan pengacara Sule bersama isterinya Nathalie Holscher akhirnya terjawab apabila Pejabat Agama Daerah Cikarang Indonesia mengesahkan pasangan itu bakal bercerai.

Dalam satu kenyataan seperti yang dipetik dari Liputan 6, permohonan cerai telah dibuat oleh Nathalie sendiri pada 3 Julai dan kes mereka bakal dibicarakan 20 Julai nanti.

“Berdasarkan senarai pendaftaran, memang ada permohonan cerai atas nama kedua-dua mereka. Permohonan dibuat oleh isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Sule dedah hampir bercerai dengan Nathalie Holscher... Anak dalam kandungan jadi penyelamat rumah tangga

“Pihak mahkamah dalam proses memanggil mereka untuk perbicaraan yang dijangkakan pada 20 Julai ini.

“Selain permohonan cerai, Nathalie juga membuat permohonan hak penjagaan dan nafkah anak mereka,” jelas wakil pejabat tersebut.

Sementara itu Nathalie pula enggan mengulas lanjut tentang permohonan cerai tersebut.

sule 2

Rumah tangga Sule sebelum ini kelihatan bahagia selepas dapat anak kelima.

“Mohon yang terbaik sahaja. Saya belum boleh memberi sebarang komen,” ujarnya.

Sule yang merupakan bapa kepada penyanyi Rizky Febian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Nathalie pada November 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Adzam Adrsiansyah Sutisna.

Dia sebelum itu pernah berkahwin dengan Lina Jubaedah dan mempunyai tiga orang anak lagi selain Rizky.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain