suria

Terlalu seksi! Penampilan Mahalini semasa menyanyikan lagu kebangsaan dianggap kurang sopan

Mahalini tampil menggayakan busana hijau dengan sentuhan kain lut sinar yang menampakkan tubuhnya.

GARA-GARA tampil dengan penampilan dilihat terlalu seksi di sebuah konsert di Palembang, penyanyi Mahalini menerima kecaman hebat daripada netizen.

Mahalini Raharja dikritik saat memuat naik video di Instagram menggayakan pakaian yang dilihat kurang sopan semasa menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia iaitu Indonesia Raya.

Penyanyi berumur 22 tahun ini mengenakan gaun berwarna hijau dan kain itu memperlihatkan sebahagian tubuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta beza agama Rizky Febian dan Mahalini Raharja, Sule restu tapi dengan syarat jika mahu berkahwin

"Maaf baju kurang sesuai dengan lagu.

"Suaranya bagus, pakaiannya kurang sopan... maaf," tulis beberapa netizen di ruangan komen.

Selepas dikecam, Mahalini memadam video itu dan membuat hantaran foto terbaharu.

"Everything in time. Terima kasih Palembang," ujarnya di ruangan kapsyen.

Rizky Febian sentiasa menyokong Mahalini.

Walaupun dikecam hebat oleh netizen, Rizky Febian tetap menyokong Mahalini.

Dipetik dari Detikcom, hantaran tersebut mendapat banyak pujian yang mengatakan Mahalini kelihatan sangat cantik pada malam itu.

Bahkan, kekasihnya iaitu Rizky Febian juga turut memuji kecantikan Mahalini di ruangan komen dengan panggilan manja.

"Ma luv," tulis Rizky dengan ringkas.

Penyanyi berasal dari Bali ini juga memang terkenal dengan penampilan yang sangat bergaya dan kerap disanjung kerana memiliki tubuh seksi seperti model.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain