suria

Tiga kali cerai, Dewi Perssik tak mahu imej tercalar… Suami pula menangis mengaku masih sayang

Dewi tidak mahu perpisahan kali ketiga menjejaskan imejnya.

SELEPAS tiga kali gagal dalam rumah tangga, penyanyi Dewi Perssik tidak mahu melihat masalah tersebut sebagai satu perkara yang boleh menjejaskan imejnya.

Menurut Dewi, dia selama ini telah berusaha menjadi isteri yang baik, namun perceraian itu berlaku bukan berpunca dari dirinya.

"Tiada siapa yang mahu bercerai kerana ini boleh menjejaskan imej saya. Ini adalah ketentuan Allah. Lagipun saya yang diceraikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik sangkal dakwaan punca perceraian sebab masalah kewangan

"Sebagai isteri saya ikut sahaja kata semua. Saya mahu semuanya tenang. Ini berlaku kerana tidak bertemu titik akhir dalam rumah tangga," katanya seperti yang dipetik dari DetikHot.

Untuk rekod, Dewi sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Saipul Jamil dan pelakon Adliansyah Taher.

Penyanyi lagu Ayo Semangat ini hadir ke Mahkamah Agama Jakarta Selatan bagi perbicaraan hari pertama kes cerai dengan suaminya Angga Wijaya pada Isnin.

Mereka berdua melakukan proses meditasi sebelum kes itu dibicarakan dan ketika sesi tersebut berjalan Angga dilihat menangis selain mengaku masih sayangkan dirinya.

dewi perssik 1

Angga masih sayangkan Dewi, namun menuntut cerai.

Dalam masa sama, Dewi juga sekali lagi menegaskan perpisahan mereka bukan berpunca dari masalah kewangan kerana suaminya itu tidak mempunyai kerja tetap.

"Walaupun dia menangis tetapi mengatakan masih sayang saya.

"Bukan kewangan yang menjadi masalah. Kalau itu adalah masalahnya saya tidak akan menikahi Angga," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain