suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penampilan sulung Alan Walker di Sarawak, bakal gegar pentas ‘Borneo Music Festival Live 2022’

Alan Walker antara artis yang akan membuat persembahan di Festival Musik Borneo Live 2022.

PEMUZIK dan deejay terkenal antarabangsa, Alan Walker membuat penampilan sulung di Sarawak dalam Festival Muzik Borneo Live 2022.

Acara itu bakal diadakan di Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September hadapan.

Penganjuran pertama kali secara terbuka di Sarawak itu bakal menghimpunkan artis dari enam negara iaitu Malaysia, United Kingdom, Korea Selatan, Singapura, Indonesia dan Filipina.

BMF_live_2020_official_artist_poster_mar_2022_01

DJ Soda antara barisan artis yang akan memeriahkan acara itu.

Selain Walker, barisan artis lain antaranya DJ Soda, DJ Alexis Grace, DJ Ice Cream, DJ Chacha, DJ MYVAX dan DJ Paul, Nicole Chen, DJ X Factor, DJ Venom C dan Moski Love.

ARTIKEL BERKAITAN: Juh bertandak! Rainforest World Music Festival kembali pada Jun, ‘enjoy’ konsert secara hibrid pun boleh!

Rynn Lim, ThomasJack, Priscilla Abby bersama kumpulan At Adau dan Tuku' Kame' juga dijadualkan akan membuat persembahan.

Tiket boleh didapati bermula harga RM400 hingga RM800. Potongan sebanyak 10 peratus bagi pembelian tiket pada 6 dan 7 Julai depan.

Festival tersebut dibawakan oleh Amazing Aurora Entertainment dan dianjurkan oleh Firmanent Event Studio dengan kerjasama More Entertainment.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain