suria

Ricky Martin didakwa laku keganasan domestik selepas bekas pengurus saman RM13 juta

Martin berdepan dengan kes saman RM13 juta

SATU aduan dibuat terhadap penyanyi Ricky Martin di bawah Akta Pencegahan Keganasan Domestik dan Intervansi di Puerto Rico atas dakwaan melakukan keganasan domestik kepada seorang individu yang dirahsiakan identitinya.

Bagaimanapun tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kes tersebut dan pendakwa hanya memohon perintah mahkamah agar Martin tidak menghubungi atau menghampiri dirinya.

Menafikan dakwaan yang dibuat, wakil kepada penyanyi tersebut memberitahu segala penipuan tersebut bakal terjawab dengan bukti yang kukuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh kedekut belanja artis muda, Rain saman YouTuber sebar berita palsu

“Tuduhan terhadap Ricky Martin yang membawa kepada perintah mahkamah itu adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

“Kami sangat yakin semua tuduhan akan terjawab apabila fakta sebenar dikeluarkan,” jelas wakil tersebut seperti yang dipetik dari People.

Sementara itu, pihak polis Puerto Rico memaklumkan gagal bertemu Martin selepas mahkamah mengeluarkan surat perintah berkenaan.

Beberapa hari sebelum perintah mahkamah tersebut dikeluarkan, bekas pengurus Martin iaitu Rebecca Drucker memfailkan saman terhadap penyanyi itu atas tuduhan melanggar kontrak.

Saman kira-kira RM13 juta itu dibuat kerana Martin didakwa tidak membayar komisen sepanjang Drucker berkhidmat dengannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

LTAPP turut dilanda banjir