suria

[VIDEO] Baim Wong cedera pada bahagian kaki, gigih 3 jam masuk hutan cari warga emas

Baim jatuh ketika turun dari lereng bukit dalam hutan.

GARA-GARA ingin bertemu dengan pasangan warga emas yang menetap dalam hutan, selebriti Baim Wong mengalami kecederaan kecil ketika dalam perjalanan ke lokasi yang terletak di daerah Malang, Indonesia.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Baim mengalami luka di bahagian kakinya akibat jatuh ketika berjalan turun di bawah lereng bukit dalam hutan tersebut.

"Cerita pencarian warga emas di Malang. Malah terjadi sedikit kemalangan. Tapi untungnya saya selamat sampai ke rumah yang dituju.

"Rumahnya benar-benar berada dalam tengah hutan belantara," kata Baim.

Bagaimanapun, Baim kelihatan terlalu gembira bertemu dengan warga emas tersebut sehingga terlupa kesakitan luka di kakinya.

Dalam pada itu, suami kepada Paula Verhoeven itu turut berkongsi perjalanannya selama tiga jam ke rumah warga emas tersebut.

"Masih ingat tak dengan pasangan suami isteri yang tinggal dalam hutan... saya mahu berjumpa mereka. Perjalanan tiga jam dari Malang. Masuk-masuk terus hutan.

"Di sini semuanya hutan. Tak ada kehidupan lain. Perjalanan sudah jauh tapi belum sampai," kongsi Baim.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain