suria

Menang kes fitnah, Johnny Depp kena bayar pula RM167,000 atas tuntutan penerbitan dokumen

Depp dituntut membayar sejumlah wang kepada ACLU.

SELEPAS menang kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, pelakon Johnny Depp diarahkan untuk membayar wang berjumlah kira-kira RM167,000 kepada pihak American Civil Liberties Union (ACLU).

Tuntutan wang tersebut adalah kerana Depp sebelum ini meminta agensi berkenaan mengeluarkan sebanyak 1,900 dokumen bagi membuktikan Heard bersalah.

Justeru ACLU membuat permohonan mahkamah supaya Depp membayar kos masa dan segala perbelanjaan bagi mengeluarkan dokumen yang diminta.

ARTIKEL BERKAITAN: Segunung bukti pun masih tak cukup lawan pengaruh Johnny Depp - Amber Heard

Permohonan asal yang dibuat adalah berjumlah RM379,000, namun mahkamah telah memutuskan Depp hanya perlu membayar sebahagian daripada tuntutan.

Depp sebelum ini menang dalam kes perbicaraan saman fitnah Heard yang mendakwa didera oleh bekas suaminya itu.

Juri turut memutuskan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi kira-kira RM65 juta.

Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada RM45 juta sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu. -TMZ

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain