suria

Perginya seorang bintang... Penyanyi lagu ‘Widuri’, Bob Tutupoly meninggal dunia

Penyanyi Indonesia meninggal dunia kira-kira jam 12 pagi Selasa.

DUNIA muzik Indonesia menerima khabar sedih apabila penyanyi lagu Widuri iaitu Bob Tutupoly meninggal dunia kira-kira pukul 12 pagi, Selasa.

Penyanyi legenda ini menghembuskan nafas terakhir di Hospital Mayapada, Jakarta Selatan.

Berita duka tersebut disampaikan oleh penggiat muzik, Stanley Tulung dalam hantaran Instagramnya yang memuat naik gambar bersama Bob.

"RIP Bob Tutupoly. Terima kasih untuk semua yang Bob sudah berikan kepada kita. Semoga dipermudahkan urusan menuju ke negeri abadi," tulisnya di ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Baim Wong cedera pada bahagian kaki, gigih 3 jam masuk hutan cari warga emas

Dalam pada itu, Addie MS iaitu salah satu pemuzik senior Indonesia turut berkongsi mengenai berita pemergian itu.

"Selamat jalan Bob Tutupoly," tulisnya ringkas.

Dalam laporan Detikcom, sehingga kini masih belum mengetahui punca sebenar kematian Bob namun kebelakangan ini keadaan kesihatannya agak teruk.

Jenazah akan disemadikan di Semanggi, Jakarta.

Bob Tutupoly dilahirkan di Surabaya pada 13 November 1939 dan sehingga kini lagu Widuri nyanyiannya masih lagi diingati dan dimainkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain