suria

Rihanna wanita muda terkaya senarai Forbes 2022

Rihanna menjadi wanita muda terkaya dalam senarai Forbes tahun ini.

PENYANYI Rihanna menjadi jutawan wanita termuda Amerika Syarikat dalam senarai self-made woman 2022 yang keluarkan oleh Forbes baru-baru ini.

Dengan nilai pendapatan kira-kira RM6.2 bilion, Rihanna, 34, menduduki tangga ke-21 secara keseluruhan dan turut menjadi jutawan pertama dari negara asalnya iaitu Barbados.

Penyanyi lagu Umbrella itu mengenepikan nama Kylie Jenner yang memegang gelaran tersebut selama tiga tahun berturut-turut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna kini bergelar ibu, selamat bersalin bayi lelaki

Menurut Forbes, nilai pendapat Rihanna itu diperoleh dari pegangan saham dalam jenama pakaian dalam Savage x Fenty selain menjadi pengasas bersama kosmetik Fenty Beauty.

Antara selebriti lain yang turut disenaraikan adalah Oprah Winfey di kedudukan ke-10 dan Kim Kardashian di tempat ke-16 dengan nilai pendapatan masing-masing RM11.5 bilion dan RM7.9 bilion.

Sementara itu Kyle Jenner pula hanya berada di tempat ke-41 dengan nilai pendapatan kira-kira RM2.6 bilion.

Dalam 100 nama tersebut, turut disenaraikan adalah Celine Dion, Beyonce, Reese Witherspoon dan Sandra Bullock.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain