suria

Makan di restoran mewah bersama, Billie Eilish dan Jesse Rutherfood dikatakan bercinta

Billie Eilish dikatakan sedang bercinta dengan vokalis The Neighbourhood.

PENYANYI Billie Eilish dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan vokalis kumpulan The Neighbourhood, Jesse Rutherfood.

Memetik laporan Page Six, pasangan berkenaan mula dikaitkan mempunyai hubungan istimewa apabila kelibat mereka dilihat di sebuah restoran mewah untuk menikmati hidangan makanan malam.

Terbaharu, Billie, 20, sekali lagi dilihat menghabiskan masa bersama penyanyi itu apabila keluar daripada sebuah kereta yang sama dipandu Jesse, 31.

Billie sedang hangat bercinta dengan Rutherfood.

Menerusi beberapa gambar yang tersebar, Billie kelihatan gembira di sisi Jesse dan tanpa segan silu mempamerkan kemesraan di khalayak tanpa berselindung.

Pasangan ini juga saling berpegangan tangan di majlis Night Fear Halloween Universal Studio.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Billie Eilish berkunjung ke Sungei Wang Plaza, netizen syak datang buat kaca mata baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu jadi ibu, Billie Eilish sanggup mati daripada hidup tapi tiada anak

Sebelum ini, Billies dikatakan menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Matthew Tyker Vorce.

Manakala Jesse pula bercinta dengan model terkenal Devon Lee Carlson pada tahun 2015 sebelum berpisah setahun kemudian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain