suria

Lucinta Luna dedah pernah jadi pelacur di Singapura, terpedaya bayaran lumayan

Lucinta Luna dijanjikan wang yang lumayan ketika bekerja sebagai perkerja seks.

SELEBRITI transgender Indonesia, Lucinta Luna mendedahkan bahawa dirinya pernah menjadi pekerja seks di Singapura suatu ketika dulu.

Menurut Lucinta Luna, dia pada awalnya ke Singapura untuk bekerja di sebuah salun rambut namun ditawarkan sebagai pekerja seks melalui kenalannya.

Kata Lucinta, ketika bekerja sebagai pekerja seks itu dia merahsiakan identiti sebenarnya.

Lucinta Luna dedah pernah jual diri di Singapura.

Perkara itu didedahkan Lucinta menerusi temubual di saluran YouTube Melaney Ricardo.

Lucinta turut memberitahu bahawa dia melakukan kerja tersebut kerana ia menjanjikan pulangan yang lumayan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna kini ingat dosa, menyesal buat pembedahan plastik

ARTIKEL BERKAITAN: Obses dengan Blackpink, Lucinta Luna harap peminat suka penampilan sebagai Jisoo

"Kali pertama saya ke Singapura, saya saya menjual diri saya dengan menipu. Saya dijanjikan bayaran yang lumayan," katanya.

Jelasnya, ibunya tidak pernah tahu dia pernah bekerja sebagai pekerja seks sepanjang berada di Singapura.

"Ibu saya pernah cakap boleh 'tukar' bentuk badan saya tapi jangan sampai menjual diri," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain